Minggu pertama, mesej WhatsApp masuk laju. Minggu kedua masih okey. Minggu ketiga, kos per mesej naik dua kali ganda dan owner mula panik edit setting setiap hari.
Kalau Facebook Ads anda tak perform macam awal-awal dulu, jangan terus anggap iklan dah “rosak”. Biasanya ada tiga punca yang boleh dikenal pasti, dan kebanyakannya boleh dibetulkan tanpa mula semula dari kosong.
Kenapa Facebook Ads tiba-tiba tak perform?
Tiga punca paling biasa ialah creative dah letih (ad fatigue), campaign kembali ke learning phase sebab kerap diubah, dan persaingan bermusim. Ad fatigue berlaku bila orang yang sama nampak iklan yang sama berulang kali sampai mereka tak lagi beri perhatian.

Apa itu ad fatigue dan macam mana nak kenal?
Ad fatigue ialah bila prestasi iklan jatuh sebab audience dah terlalu biasa dengan creative tu. Tanda paling jelas: frequency naik, click-through rate turun, dan kos setiap mesej naik secara perlahan walaupun anda tak ubah apa-apa.
Semak dalam Ads Manager:
- Frequency melebihi 3 hingga 4 dalam tempoh seminggu untuk audience yang kecil
- CTR jatuh berbanding minggu pertama
- Kos per mesej naik berterusan, bukan melonjak sehari je
Cara betulkan bukan tukar warna poster. Buat sudut creative baru: cerita masalah lain, bukti lain, atau format lain seperti video bercakap depan kamera.
Kenapa edit iklan setiap hari buat kos naik?
Setiap perubahan besar, contohnya tukar bajet secara mendadak, ubah audience atau tukar optimization, boleh buat ad set kembali ke learning phase. Dalam fasa ni Meta masih mencari orang yang sesuai, jadi prestasi tak stabil.
Owner yang risau selalunya buat keputusan berdasarkan data sehari. Masalahnya, data sehari terlalu sedikit untuk tunjuk corak sebenar.
Peraturan mudah yang saya guna:
- Tunggu sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum menilai.
- Naik bajet secara berperingkat, sekitar 20% setiap beberapa hari.
- Tambah creative baru dalam ad set sedia ada, bukan buka campaign baru setiap kali.
Macam mana nak pulihkan iklan yang dah merudum?
Mula dengan tambah dua atau tiga creative baru yang betul-betul berbeza sudutnya. Biarkan creative lama jalan bersama sampai Meta sendiri pilih yang lebih baik. Kalau masih tak pulih selepas seminggu, semak tawaran dan mesej pembuka WhatsApp anda.
Kadang-kadang masalahnya bukan iklan langsung. Kalau mesej masih banyak tapi closing jatuh, punca sebenar mungkin pada cara team membalas. Baca lead banyak tapi tak closing untuk semakan tu.
Berapa kerap patut tukar creative?
Tiada jadual tetap. Untuk bajet kecil hingga sederhana, tambah sekitar tiga hingga lapan konsep creative baru sebulan biasanya cukup. Yang penting setiap konsep berbeza sudut, bukan sekadar tukar tajuk.
Kenapa struktur campaign juga penting, saya terangkan dalam struktur campaign Facebook Ads era Andromeda.
Soalan lazim
Apa itu learning phase dalam Facebook Ads?
Learning phase ialah tempoh awal bila Meta masih mengumpul data untuk tahu siapa yang paling sesuai melihat iklan anda. Prestasi biasanya kurang stabil dalam tempoh ni, jadi elakkan perubahan besar.
Patut ke saya duplicate campaign bila prestasi jatuh?
Biasanya tak perlu. Duplicate selalu bermula semula dengan learning phase baru. Lebih baik tambah creative baru dalam ad set yang sama dan beri masa untuk ia belajar.
Kenapa iklan bagus di awal tapi merudum kemudian?
Sebab Meta mula dengan orang yang paling mudah respon. Bila golongan tu dah habis, iklan perlu sampai kepada orang yang kurang panas, dan creative yang sama tak lagi cukup kuat untuk mereka.
Frequency berapa yang dikira tinggi?
Bergantung pada saiz audience dan tempoh. Sebagai panduan kasar, frequency atas 3 hingga 4 seminggu sambil CTR jatuh ialah tanda creative perlu disegarkan.
Langkah seterusnya
Nak saya semak sendiri kenapa iklan anda merudum dan bimbing cara pulihkan guna akaun sebenar anda? Lihat Personal Coaching Meta Ads.



